Rasulullah
SAW sendiri menjanjikan hal ini dan
baginda pernah menyebut bahawa umatnya dapat melihat Allah SWT di saat
fana maupun jaga (sadar). KezahiraNya
sangat nampak pada hamba. Hadis qudsi Al insanu syirri wa ana syirrohu (Adapun
insan itu Rahasiaku Dan Aku pun Rahasianya).
Firman
Allah: Kuciptakan Adam dan anak cucunya seperti rupaku (Khalakal insanu ala
surati Rahman). Kesimpulannya insan itu terdiri daripada tiga unsur, iaitu
Jasad, Ruh/Nyawa dan Allah. Maka dengan itu hiduplah hamba.
Adapun Jasad, Nyawa, dan Allah taala, bagaikan
sesuatu yang tidak dapat dipisahkan
antara satu dengan yang lain. Umpama
langit, bumi, dan makhluk yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan
yang lain. Bagaimanapun pandangan insan terhadap Tuhannya adalah berbeza-beza,
mengikut tahap pencapaian ilmu masing-masing.
Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu,
dan hamba menyembahNya bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya (hakikatnya) bukan begitu. Itu hanya sangkaan
umum saja. Dari segi makrifat Allah SWT
itu Esa pada wujud hamba.
Dalilinya, QS Al Qaf 50:16: Aku
lebih dekat dari urat lehernya. QS Az Zariyat51 :21: Dalam diri kamu mengapa
tidak kamu perhatikan.
Masing-masing hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya),
satu persatu (esa) diberi sesembahan (Allah di dalam diri), kenapa berpaling
mencari Tuhan yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).
Dalilnya,
QS Al Hadid 57:4: Aku beserta hambaku di mana saja dia berada. Oleh itu, janganlah risau dan takut Allah sentiasa
bersama kita ke mana sahaja kita pergi.
Sekarang,
mari kita lihat pula bagaimana Nabi Musa melihat Tuhannya, seperti mana yang
diceritakan di dalam Al Quran. Allah SWT
berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihatNya QS Al A’raaf 7:143:
Dan
tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya
berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa
(merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang
Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.”
Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak dapat melihat-Ku,
(rahasianya: tidak ada siapa yang dapat melihat
Allah, hanya Allah dapat melihat
Allah. Hamba terdinding daripada Allah, kerana selain wujud Allah, masih ada Rasa
wujud Hamba).
tetapi
pandanglah ke gunung itu,
(Pada
ketika Nabi Musa memandang gunung itu,
begitu juga Allah Taala berpisah sementara daripada jiwa Nabi Musa, maka
Nabi Musa pengsan, bukannya mendengar
akan letusan gunung tersebut)
jika
ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat
melihat-Ku.
(”
Engkau adalah aku, aku adalah engkau “, apa yang disaksikan Nabi Musa adalah
menyaksikan dirinya di luar dirinya untuk sementara waktu, setelah Allah
bertajalli (menzahirkan kebesaran-Nya)
kepada gunung itu, (maka) tajalinya
itu menjadikan gunung itu hancur lebur
dan nabi Musa pun jatuh pengsan.)
Setelah
Nabi Musa sedar, dan berkata: ” Maha
Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang yang
pertama beriman (pada zamanku)”
Demikian
sedikit paparan tentang Nabi Musa melihat Tuhannya. Dan jelaslah Allah dapat
dilihat tetapi bukannya dengan mata kasar, yang dilihat dengan mata kasar itu
adalah hijab, oleh itu jangan tersalah, hati-hati, kalau tersalah boleh menjadi syirik dan kufur.
Maha
Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar