Pada
umumnya orang hanya mengetahui manusia itu hanya terdiri dari jasad dan ruh.
Mereka tidak memahami sesungguhnya manusia terdiri dari tiga unsur , iaitu:
Jasad,
Jiwa dan Ruh.
Ini
dapat dibuktikan dalam firman Allah Taala surah Shaad (38:71-73) yang
bermaksud:
Ingatlah
ketika Tuhan MU berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan
manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya, maka Ku tiupkan
kepadanya Ruh Ku. Maka hendaklah kamu tunduk bersujud kepadanya. Lalu seluruh
malaikat itu bersujud semuannya.
Pada
ayat yang lain pula, Allah menjelaskan tentang penciptaan jiwa (nafs). Surah
Asy Syams (91:7-10) . Firmanya yang bermaksud:
Dan
demi nafs (jiwa) serta penyempurnaannya, maka Allah ilhamkan kepada nafs itu
jalan ketaqwaaan dan kefasikannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang
mensucikannya dan sesungguhnnya rugilah orang yang mengotorinya.
Selain
itu, Allah juga berfirman dalam Al Quran tentang proses kejadian jasad (jisim).
Surah Al Mukminun (23:12-14):
Dan
sesungguhnya Kami telah menciptkan manusia dari saripati dari tanah, Kemudian
jadilahlah saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami
jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang,
lalu tulang-tulang ini Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia
makhluk berbentuk lain, maka maha suci Allah. Pencipta yang paling baik.
Jasad
Jasad
atau jisim adalah angggota tubuh manusia terdiri dari mata, mulut, telinga,
tangan, kaki dan lain-lain. Ia dijadikan dari tanah liat yang termasuk dalam
derejat paling rendah. Keadaannya dan sifatnya dapat mecium, meraba, melihat.
Dari jasad ini timbullah kecenderungan dan keinginan yang disebut Syahwat. Ini
dijelaskan dalam Al Quran Surat Ali Imran, yang bermaksud:
Dijadikan
indah pada pandangan manusia , merasa kecintaan apa-apa yang dingininya
(syahwat) iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang bertimbun dari jenis emas,
perak, kuda pilihan, binatang-binatan ternakan dan sawah ladang, Itulah
kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat sebaik-baik kembali.
Jiwa
(Nafs)
Kebanyakan
orang mengaitkannya dengan diri manusia atau jiwa. Padahal ianya berkaitan
dengan derejat atau kedudukan manusia yang paling rendah dan yang paling
tinggi. Jiwa ini memiliki dua jalan iaitu:
a. Menuju hawa nafsu (nafs sebagai hawa
nafsu)
b. Menuju hakikat manusia (nafs sebagai
diri manusia)
Hawa
nafsu. Hawa nafsu lebih cenderung kepada sifat-sifat tercela, yang menyesatkan
dan menjauhkan dari Allah. Sebagaimana Allah Taala berfirman surah (Shaad :26)
yang bermaksud:
.....
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari
jalan Allah
Kaitan
hati dan hawa nafsu.
Hati
memainkan peranan yang sangat penting dalam diri manusia ia menjadi sasaran
utama kepada Syaitan. Syaitan sedaya upaya menutupi hati manusia dari menerima
Nur llahi. Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
Jikalau
tidak kerana syaitan-syaitan itu menutupi hati anak Adam, pasti mereka boleh
milihat kerajaan langit Allah
Cara
syaitan menutupi hati manusia itu dengan cara –cara tertentu iaitu dengan
menghidupkan hawa nafsu tercela dan yang membawa ke arah maksiat. Semuanya
sudah tersedia berada adalam diri manusia, ianya dikenali dengan nafsu ammarah
bissu, nafsu sawiyah dan nafsu lawammah..
Para
ahli tasawwuf mengatakan bahawa syaitan (anak iblis) memasuki hati manusia
melalui sembilan lubang anggota manusia iaitu dua lubang mata, dua lubang
hidung, kedua lubang kemaluan dan lubang mulut. Buta manusia bukan buta biji
matanya tetapi buta hatinya sebagaimana bukti yang dijelaskan dalam Firman
Allah dalam surah (Al Hajj :46) bermaksud:
Kerana
sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.
Mereka
juga mengatakan yang membutakan hati ialah kejahilan atau tidak memahami tentang
hakikat perintah Allah SWT. Kejahilan yang tidak segera diubati akan menjadi
semakin bertimbun. Allah SWT berfirman dalam surah (Al Baqarah:2-9) yang
bermaksud:
Mereka
hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka yang menipu
diri sendiri, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Demikian
bahayanya penyakit hati yang dihembuskan syaitan melalui hawa nafsu manusia.
Sehingga Rasulullah pernah berpesan setelah kembali dari perang Badar. Beliau
bersabda :
Musuhmu
yangterbesar adalah nafsymu yang berada di antara kedua lambungmu (Riwayat
Al-Baihaki)
Jihad
yang paling utama adalah jihad seseorang untuk dirinya dan hawa
nafsunya.(Riwayat Abnu An-Najari)
Diri
Manusia
Nafs
atau jiwa sebagai diri manusia adalah suatu yang paling berharga kerana ia
berkaitan dengan nilai hidup manusia dan nafs yang diberi rahmat dan redha oleh
Allah. Sebagaimana firmannya dalam surah (Al-Fajr : 27-30 ) yang bermaksud:
Hai
jiwa yang tenang (Nafsu Mutmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang
tenang lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu,
masuklah ke dalam syurgaKu.
Dan
lagi dalam surah (Yusuf: 53) yang bermaksud:
Dan
aku tidak membebaskan diriku dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu
selalu menyuruh ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang beri rahmat oleh Tuhanku.
Berkaitan
dengan sabda Rasulullah yang berbunyi:
Barang
siapa yang mengenal dirinya , maka ia mengenal Tuhannya.
Hadis
ini menyatakan syarat untuk mengenal Allah adalah mengenal diri. Diri atau nafs
di sini adalah nafs mutmainnah iaitu nafsu yang tidak terpengaruh oleh
goncangan hawa nafsu dan syahwat.
Setiap
manusia mempunyai nafs yang berbeza. Ada nafs yang menuju jalan cahaya ada nafs
yang menuju jalan kegelapan.
Bagi
nafs yang menuju kegelapan atau nafs tercela yang tidak sempurna ketenangannya
terutama ketika lupa kepada Allah disebut nafsu lawammah. Firman Allah Taala
dalam surah
(Al
Qiyammah:2) yang bermaksud:
Dan
aku bersumpah dengan jiwa yang amat tercela (nafsu lawammah)
Nafsu
ini hanya dapat dikenali dan disaksikan dengan kemampuan tertentu manusia iaitu
dengan pancaran batin. Sebagaimana firman Allah dalam surah (Al-Araaf:26) yang
bermaksud:
Pakaian
taqwa yang menjaga mu dari kejahatan itu adalah yang paling baik.
Ruh
Ruh
mempunyai dua arah pengertian iaitu :
a.
Sebagai nyawa
b.
Sebagai suatu yang halus dari menusia (pemberi cahaya kepada jiwa)
Ruh
sebagai nyawa kepada jasad atau tubuh . Ia ibarat sebuah lampu yang menerangi
ruang. Ruh adalah lampu, ruang adalah sebagai tubuh. Jika lampu menyala maka
ruangan menajdi terang. Jadi tubuh kita ini boleh hidup kerana ada ruh (nyawa)
Manakala
dalam pengertian yang kedua, Ruh sebagai sesuatu yang merasa, mengerti dan
mengetahui. Hal ini sangat berhubung dengan hati yang halus atau hati
ruhaniyyah yang disebut sebagai Latifah Rabaniyyah (hati erti kedua)
Dalam
Al-Quran kata ruh disebut dengan sebutan Ruhul Amin, Ruhul Awwal dan Ruhul
Qudsiyah.
Ruhul
Amin yang bermaksud adalah malaikat Jibrail. Firman Allah dalam surah (Asy-Syu’
araa:192-193) yang bermaksud:
Dan
sesungguhnya Al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, Dia
dibawa oleh Ar Ruh Al –Amin (Jibrail)
Ruhul
Awwal yang bermaksud nyawa atau sukma bagi tubuh manusia. Sebagaimana firman
Allah dalam surah (As-Sajdah:9) yang bermaksud:
Kemudian
Dia menyempurnakan dan meniupkan kedalam tubuhnya ruh Nya dan dia menjadikan
bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati , tetapi kamu sedikit sekali
bersyukur
Ruh
Qudsiyah yang bermaksud ruh yang datang dari Allah (bukan Jibrail), tetapi yang
menjdi penunjuk dan pengkhabar gembira bagi orang-orang beriman. Ini adalah ruh
yang disucikan dihadirat Allah. Ia bercahaya apabila nafsu mutmainnah telah
sempurna.
Hati
Hati
merupakan raja bagi seluruh diri manusia dan tubuh. Perilaku dan perangai
seseorang merupakan cerminan hatinya. Dari hati inilah pintu dan jalan yang
dapat menghubungkan manusia dengan Allah. Dengan demikian untuk mengenal diri
harus dimulai dengan mengenal hati sendiri.
Hati
mempunyai dua pengertian:
a. Hati jasmani iaitu sepotong daging yang
terl;etak di dada sebelsah kiri, hati jenis ini haiwan pun memilinya.
b. Hati Ruhaniyyah iaitu sesuatu yang
halus. Hati yang merasa, mengerti, mengetahui, dierpinta dituntut. Dinalai juga
dengan Latifah Rabaniyyah.
Hati
Ruhaniyyah inilah merupakan tempat iman dan tempat mengenal diri . Sebagaimana
firma Allah dalam surah (Ar-Ra’d:28) yang bermaksud:
Iaitu
orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tanang dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
Hadis
qudsi yang bermaksud:
Tidak
akan cukup menaggung untuk Ku bumi dan langitKU tetapi cukup bagiKu hanyalah
hati (qalb) hambaKu yang nukamin (Riwayat Ad Darimi)
Nafsu
Mutmainnah
Bila
hati manusia jauh dari goncangan yang disebabkan bisikan syaitan, hawa nafsu
dan syahwat , maka ia disebut nafs Mutmainnah, Apabila ia tunduk dan redha
kepada Allah sepenuhnya, maka ia disebut nafs mardhiyyah (nafs yang redha)
Namun
jika manusia membiarkan hatinya berada dalam pengaruh hawa nafsu dan syahwat,
maka ia akan menjadi orang yang tersesat, lama kelamaan tergelicir dan dimurkai
Allah, Sebagaimana Firman Allah dalam surah (Jaastsiyah:23) yang bermaksud:
Maka
pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan
Allah membiarkannya berdasarkan ilmu Nya dan Allah telah mengunci mata
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka
siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat. Maka
mengapa kamu tidak mengambil iktibarnya.
Ingat
hawa nafsu dan syahwat bukan dibunuh atau dihilangkan, tetapi dikawal oleh
nafsu mutmainnah. Di mana ada saatnya hawa nafsu ini perlu dikeluarkan.
Sebagaimana firma Allah dalam surah (An Nazi’at:40-41) yang bermaksud:
Dan
adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan manahan diri dari
keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.
Nah,
jika hati kita telah diselubungi oleh nafsu mutmainnah, maka nafsu mutmainnah
inmi menajdfi imam (penunjuk) bagi selruh tubuh dan dirinya, sseeunggunya nafsu
mutmainnah inilah disebit-sebut sebagai jati diri manusia (hakikat dari
manusia). Allah berfirma dalam surah (Al Araaf:172) yang bermaksud:
Dan
Ingatlah, ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi
mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka seraya berfirman :
”Bukakankan Aku ini Tuhanmu”, mereka menjawab :”Bahkan engkau Tuhan kami, kami
menjadi saksi”. Kami lakukan demikaian agar di hari akhirat kelak kamu tidak
mengatakan: sesunggunya kami adalah oran-orang lalai terhadap keesaaaan Mu.
Jika
hati yang sakit, maka lupa terhadap perjanjian kita dengan Allah yang pernah
diucapkan seperti dalam surah Al Araaf ayat 172 di atas.
Tapi
di antara sekian banyak manusia, ada yang yang berjaya menyihatkan kembali
jiwanya (nafsu mutmainnah). Apabila jiwa kita telah hidup, bercahaya, sihat
kembali, maka jiwa ini akan dapat melihat kerajaan langit Allah. Dalam hal ini
bila Ruhul Qudsiyah telah menyala dan bersinar , maka jadilah hatinya rumah
Allah , orang-orang yang berjaya ini disebut Ahli Al- Bait. Sebagiamana firman
Allah dalam surah (Ali Imran:164) yang bermaksud:
Sesunggunya
Allah telah memeberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah
mengutus di antara mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihakan jiwa mereka dan
mengajarakan mereka al kitab dan al hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu,
mereka adalagh benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
Lagi,
sabda Rasulullah yang bermaksud:
Hati
oarmg-orang beriman adalah Baitullah (Rumah Allah)
Jadi,
Ruhul qudsiyah adalah kenyataan Allah dalam diri manusia. Allah Taala adalah
sumber cahaya langit dan bumi dan ruhul qudsiyah adalah sunber cahaya yang ada
dalam hati yang digambarkan sebagai pelita, Sebagaimana firmanNya dalam surah
(An Nuur:35) yang bermaksud:
...Allah
cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah seperti sebuah lubang yang
tak tertimbus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita ini di dalam kaca dan
kaca ini seakan-akan bintang yang memantulkan cahaya seperti mutiara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar